Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah,kurniakanlah kepada kami iman yang sempurna hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepda kami, keluarga dan anak-anak kami, serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangann (Ya Allah) biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Whai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah).
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahmu, bersatu memikul beban dakwahmu,hati- hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya rabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadamu. hidup suburkan hati-hati ini, dengan ma’rifat tentangMu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini, sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamamu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlan permintaan ini…